Monday, February 11, 2008

Pada Permukaan Nampak Tenang!

Apabila pilihanraya semakin hampir, semua pakat-pakat kalut sehingga kita tak faham apa yang di kalut. Ada yang kalut hendak jadi calon, ada yang kalut jadi broker politik, ada yang kalut pikiaq cam mana nak rompak duit parti, ada pula yang kalut nak tonjol diri untuk jadi AJK atau G7 pada persidangan UMNO Malaysia selepas pilihanraya dan bermacam-macam ragam lagi.

Tidak ketinggalan juga yang kalut dok memikirkan sapa yang hendak aku ikut! Ini pun satu daripada gelagat juga boleh di panggil Special Skill yang di miliki oleh umat Melayu di Merbok. Sesungguhnya situasi ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Umat Melayu pun. Meminjam kata-kata Mamu Zam, yang mana beliau menafikan ura-ura tidak mahu bertanding dalam PRU12 ini seolah-olah macam orang-orang di Merbok khasnya dan amnya di seluruh dunia tidak faham taktik ayatnya itu. Kenapa beliau tidak guna Bahasa Melayu dengan ayat paling mudah! Seperti, saya akan tetap bertanding mempertahankan Parlimen Merbok walaupun PM tak bagi saya bertanding. Kan lebih mudah!

Pemimpin peringkat atasan parti seolah-olah membuat adaian tidak ada calon yang layak untuk menjadi MP Merbok, sebab itulah anak Merbok atau ahli UMNO di situ tidak pernah menjadi calon. Berbalik kepada pilihanraya kecil yang lalu, semua calon adalah anak tempatan. Faktor anak tempatan antara menyumbang kepada kemenangan.... Tetapi hari ni pakat-pakat lupa! Percakapan seperti itu hanya sesuai pada ketika itu sahaja. Dari sudut lain, ini mengambarkan seolah-olah tiada prinsip!

Dah berapa lama Mamu Zam jadi ahli UMNO? Berapa lama dah jadi ahli UMNO Merbok? Yang pasti beliau kahwin dengan orang Bedong. Sebelum menjadi MP, apakah sumbangan beliau terhadap UMNO? Pernah buat kerja-kerja parti sebelum ini? Beliau patut bersyukur dengan apa yang beliau dapat selami ini. Mamu jadi MP dengan laluan yang cukup mudah sekali! Tak kesiankah pada pemimpin atau orang-orang Merbok yang bertungkus-lumus menjaga UMNO selami ini orang lain dapat habuan!!!!

Tok Mi sebelum jadi ADUN pakai Merc mata belalang, selepas menang PRU11 pakai sorento. Kini pakai S Class pula. Hebat tak? Kalau dalam ayat Matematik adalah bersamaan persamaan garis lurus atau berkadar terus. Kiranya pengukuran berdasarkan kepada kenderaannya, apakah rakyat di DUN Tanjung Dawai dari segi kereta berkadar terus dengan kereta Tok Mi? Atau berkadar songsang? Kalau berkadar songsang, olahnnya ialah harta pemimpin bertambah, harta yang di pimpin berkurang atau statik!

Itulah cabaran pemimpin! Jumpa Lagi!

8 comments:

Anonymous said...

PRU12...Parlimen Merbok kena bagi dekat Dato' Tajul. Doa dari saya moga Dato' menjadi calun MP Merbok.

Anonymous said...

Sepatutnya mantan ketua pemuda dan ajk bahagian merbok yang berkaliber dan berwibawa iaitu Mie lawyer (Azmi A. Rahim)yang sepatutnya dipilih jadi calon parlimen atau dun.

Anonymous said...

Saudara Azmi Abdul Rahim, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok dan kini AJK Bahagian Merbok adalah calon BN yang paling ideal dan berwibawa untuk diangkat dan dipilih sebagai calon Parlimen dan DUN. Beliau seorang profesional dan ahli perniagaan yang berjaya serta mempunyai firma guamannya sendiri mampu membawa perubahan dan anjakan paradigma kepada masyarakat Merbok khususnya dan rakyat Kedah amnya. Beliau mempunyai tanjak sebagai pemimpin masa hadapan sebagai Menteri Besar dan Menteri Persekutuan (ikut tradisi selepas Mamu Zam dan bilionaire Tun Daim)

Anonymous said...

KAMI ANAK-ANAK MERBOK SOKONG MEE LAWYER JADI CALON BN

Anonymous said...

MEE LAWYER TU SAPA? MAMAK MACAM MAMU ZAM KA? KALAU BUKAN MAMAK, SORRY... HIDUP GENERASI MAMAK!

Anonymous said...

Semua gila nak jadi wakil rakyat,hang bunuh aku aku bunuh hang akhirnya Merbok kena 3-0 dan Ss Petani kena 4
-0 padan muka !

Anonymous said...

Pur13 kita sokong dan minta Mi Loya jd calon.

Anonymous said...

La ni selepas kalah dua dua dok gila nak jadi Ketua Bahagian pula,tak malu ka ?dah kalah di tolak oleh rakyat masih nak jadi pemimpin lagi!hancur umno mempunyai pemimpin haprak dan tak tau malu .

merbok perlu adakan overhaul tolak pemimpin yang tewas dalam PRU12 PILIH YANG BARU YANG DISUKAI OLEH RAKYAT.