Thursday, February 21, 2008

Merbok Milik Merbok!


Akhirnya penantian untuk melihat Parlimen Merbok dari kalangan orang UMNO Merbok tercapai! Mamu jangan kecewa! Inilah politik......tapi Mamu bukan orang politik. Jadi susahlah sikit nak terima. Susah ka senang ka, terima sajalah. Kepada orang Sungai Petani............ terima lah MAMU orang KOTA KUALA MUDA!
Iklim perubahan politik Merbok akan turut berubah selepas pilihanraya ke 12 ini. Pada dasarnya pengaruh MAMU tak ada langsung kat Merbok. Oleh kerana dia Menteri sahaja tu yang nampak macam ada pengaruh. Kalau Utusan Malaysia kata dia rajin turun padang, BOHONG BESAR La! Sila rujuk laporan UMNO BAHAGIAN MERBOK 2007, rungutan wakil rakyat tidak turun padang ada berapa banyak? Termasuk Tok Mi. Bagi lembu buat korban bukan kaedah yang rakyat suka!
Kepada Dato' Tajul, belajar dan ambil kesimpulan dari apa yang telah di buat oleh MAMU yang orang suka dan orang tak suka. Gaji wakil rakyat adalah duit rakyat! Jangan Lupa!
Sehubungan dengan itu juga, pilihlah pekerja politik dari manusia yang cukup amanah, pandai, deliver dan amanah dengan Dato.
Wasalam.

Monday, February 11, 2008

Pada Permukaan Nampak Tenang!

Apabila pilihanraya semakin hampir, semua pakat-pakat kalut sehingga kita tak faham apa yang di kalut. Ada yang kalut hendak jadi calon, ada yang kalut jadi broker politik, ada yang kalut pikiaq cam mana nak rompak duit parti, ada pula yang kalut nak tonjol diri untuk jadi AJK atau G7 pada persidangan UMNO Malaysia selepas pilihanraya dan bermacam-macam ragam lagi.

Tidak ketinggalan juga yang kalut dok memikirkan sapa yang hendak aku ikut! Ini pun satu daripada gelagat juga boleh di panggil Special Skill yang di miliki oleh umat Melayu di Merbok. Sesungguhnya situasi ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Umat Melayu pun. Meminjam kata-kata Mamu Zam, yang mana beliau menafikan ura-ura tidak mahu bertanding dalam PRU12 ini seolah-olah macam orang-orang di Merbok khasnya dan amnya di seluruh dunia tidak faham taktik ayatnya itu. Kenapa beliau tidak guna Bahasa Melayu dengan ayat paling mudah! Seperti, saya akan tetap bertanding mempertahankan Parlimen Merbok walaupun PM tak bagi saya bertanding. Kan lebih mudah!

Pemimpin peringkat atasan parti seolah-olah membuat adaian tidak ada calon yang layak untuk menjadi MP Merbok, sebab itulah anak Merbok atau ahli UMNO di situ tidak pernah menjadi calon. Berbalik kepada pilihanraya kecil yang lalu, semua calon adalah anak tempatan. Faktor anak tempatan antara menyumbang kepada kemenangan.... Tetapi hari ni pakat-pakat lupa! Percakapan seperti itu hanya sesuai pada ketika itu sahaja. Dari sudut lain, ini mengambarkan seolah-olah tiada prinsip!

Dah berapa lama Mamu Zam jadi ahli UMNO? Berapa lama dah jadi ahli UMNO Merbok? Yang pasti beliau kahwin dengan orang Bedong. Sebelum menjadi MP, apakah sumbangan beliau terhadap UMNO? Pernah buat kerja-kerja parti sebelum ini? Beliau patut bersyukur dengan apa yang beliau dapat selami ini. Mamu jadi MP dengan laluan yang cukup mudah sekali! Tak kesiankah pada pemimpin atau orang-orang Merbok yang bertungkus-lumus menjaga UMNO selami ini orang lain dapat habuan!!!!

Tok Mi sebelum jadi ADUN pakai Merc mata belalang, selepas menang PRU11 pakai sorento. Kini pakai S Class pula. Hebat tak? Kalau dalam ayat Matematik adalah bersamaan persamaan garis lurus atau berkadar terus. Kiranya pengukuran berdasarkan kepada kenderaannya, apakah rakyat di DUN Tanjung Dawai dari segi kereta berkadar terus dengan kereta Tok Mi? Atau berkadar songsang? Kalau berkadar songsang, olahnnya ialah harta pemimpin bertambah, harta yang di pimpin berkurang atau statik!

Itulah cabaran pemimpin! Jumpa Lagi!

Saturday, February 9, 2008

Hanya Kerana Kunci Bilik Gerakan....

Apabila Mamu Zam buka bilik gerakan kat Village Mall (lot kedai milik dia)....dah la 20 orang saja mai Majlis Doa selamat....Kunci pun dah jadi kecoh! Pakat semua nak simpan....

Wednesday, February 6, 2008

Pemuda Merbok Pening!

Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok akhirnya tidak berjaya menjadi Ketua Poster yang lazimnya dan patutnya beliau menjawat. Kucar kacir ini berlaku kerana keretakan dalam barisan pemuda UMNO bahagian itu. Dari sudut sejarah, barisan Jawatankuasa sekarang adalah gabungan dari penyokong Ketua Pemuda sekarang, Pembelot dari Ketua Pemuda sebelum sekarang dan Kumpulan Azizul Bidin.
Ketiga-tiga kumpulan ini bergabung dan bersatu hanya untuk misi hendak mengalahkan Sdr Azmi Bin Rahim dan Jawatankuasanya. Tetapi kumpulam Pembelot dan Azizul ini pada dasarnya hanya bergabung untuk memenangkan Azizul Bidin sebagai Naib Ketua sahaja yang mana akan memberi sedikit kemudahan untuk Azizul Bidin mendapat tempat dalam exco Pemuda Malaysia.
Ketua Bahagian pada ketika itu tidak menunjukan sokongan langsung pada Jawatankuasa Pemuda Merbok di bawah kepimpinan Azmi Rahim untuk mempertahankan jawatan, apatah lagi berterima kasih kepada Jawatankuasa ini yang membantu Pilihan Raya 2004 yang lalu.
Kesannya..................
Syed Osman Mansur @ Mantan Pesakit IJN, AJK Surau dan juga regular Mawar Biru Dangdut telah di pilih untuk menjadi PENYELARAS PEMUDA (mcm Pak Lah buat Suruhanjaya).
Apa dah jadi? Bagaimana nak naikkan poster untuk PU12 ni, sedangkan setiap program yang mana bendera perlu di naikan...di bayar duit pada AJK. Mana dia semangat sekarang?