Wednesday, February 6, 2008

Pemuda Merbok Pening!

Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok akhirnya tidak berjaya menjadi Ketua Poster yang lazimnya dan patutnya beliau menjawat. Kucar kacir ini berlaku kerana keretakan dalam barisan pemuda UMNO bahagian itu. Dari sudut sejarah, barisan Jawatankuasa sekarang adalah gabungan dari penyokong Ketua Pemuda sekarang, Pembelot dari Ketua Pemuda sebelum sekarang dan Kumpulan Azizul Bidin.
Ketiga-tiga kumpulan ini bergabung dan bersatu hanya untuk misi hendak mengalahkan Sdr Azmi Bin Rahim dan Jawatankuasanya. Tetapi kumpulam Pembelot dan Azizul ini pada dasarnya hanya bergabung untuk memenangkan Azizul Bidin sebagai Naib Ketua sahaja yang mana akan memberi sedikit kemudahan untuk Azizul Bidin mendapat tempat dalam exco Pemuda Malaysia.
Ketua Bahagian pada ketika itu tidak menunjukan sokongan langsung pada Jawatankuasa Pemuda Merbok di bawah kepimpinan Azmi Rahim untuk mempertahankan jawatan, apatah lagi berterima kasih kepada Jawatankuasa ini yang membantu Pilihan Raya 2004 yang lalu.
Kesannya..................
Syed Osman Mansur @ Mantan Pesakit IJN, AJK Surau dan juga regular Mawar Biru Dangdut telah di pilih untuk menjadi PENYELARAS PEMUDA (mcm Pak Lah buat Suruhanjaya).
Apa dah jadi? Bagaimana nak naikkan poster untuk PU12 ni, sedangkan setiap program yang mana bendera perlu di naikan...di bayar duit pada AJK. Mana dia semangat sekarang?