Friday, May 2, 2008

Kabinet UMNO Merbok 2008?

Setelah tamatnya pilihanraya, kecundang pun sudah. Kini pemilihan UMNO di setiap peringkat menjadi bahan bualan di setiap kedai kopi, kedai nasi kandar, white coffe, kopitiam dan sebagainya di sekitar Merbok ini. Tidak ketinggalan juga di kedai Moli Tanjung Dawai.

Apabila musim pemilihan menjelma, ramailah ahli fikir Melayu UMNO akan muncul dengan berbagai-bagai teori. Hakikatnya, Melayu UMNO Merbok punyai `Penganalisa Politik' yang hebat-hebat. Walaupun tidak pernah memasuki IPTA/IPTS (mungkin ada yang pernah masuk), idea yang di lontarkan juga bernas dan berisi walaupun 10 tajuk yang dia ulas hanya 1 atau 2 sahaja yang bernas. Tetapi yang 1 atau 2 ini cukup berisi dan bernas.

Musim pemilihan juga menyaksikan kemurahan hati berlaku dengan spontan dan neutral sekali. Prihatinnya calon dan penyandang jawatan berada dalam kelas tersendiri. (Tahun bukan pemilihan jarang-jarang berlaku (hampir tak berlaku)). Keperihatinan semakin menjadi-jadi sewaktu musim pemilihan. Inilah antara musim yang di kurniakan Allah SWT kepada umat Melayu UMNO selain dari buah, musim padi dan sebagainya.

Angin bertiup kencang merentasi Tanjung Dawai dan melangkauwi Sungai Merbok hingga ke Sungai Jerung dan Sungai Muda membawa berita jawatan Ketua Bahagian akan di tandingi. Walaupun ianya di HALALkan oleh perlembagaan UMNO, pekara yang paling penting sekali ialah pastikan perwakilan berada dalam kedudukan selesa membuat pilihan. Kepada PERWAKILAN, pilihlah calon yang benar-benar dapat memperjuangkan orang yang di pimpin. Jangan pandang hartanya, itu haknya. Bukan hak kita !

Pada dasarnya, Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian Merbok sekarang di tolak oleh rakyat MERBOK sebab kedua-duanya kalah dalam pilihanraya yang lalu. Mengikut satu pendapat, sepatutnya kena cari orang baru untuk mengisi kedua-dua tempat itu. Ini adalah kerana pada lazimnya Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian 2008 akan menjadi calon pilihanraya yang akan datang. Soalannya! Adakah mereka ini akan berjaya menawan semula MERBOK? Jika dilihat dari sudut umur pula, pada pilihanraya akan datang umur mereka dah berapa? Adakah mereka akan berjaya menawan khasnya saluran 3?

Kita perlu memilih pemimpin yang bukan sahaja untuk memimpin kita, generasi anak dan cucu kita juga perlu ambil kira !! Kepentingan mereka perlu di jaga demi kesinambungan dalam apa jua pekara yang berkaitan.

Bagi yang lama perlulah undur diri, beri peluang kepada generasi muda pula memimpin. Jasa baik yang lama tak akan padam, jangan takut. Kalau tak mau dok turun juga, jangan haraplah generasi muda hendak mendekati UMNO.

Pada pemilihan UMNO 2004 Bahagian Merbok, yang mana dah menang atau lain perkataan yang memegang jawatan sekarang. Sudahkah anda menunai janji anda kepada bangsa, agama dan tanah air? Kepada semua Pengerusi Biro, hampir 95% biro tidak buat apa-apa program!! Kalau tak setuju, sila nyatakan apa biro buat. Berfungsi kah biro-biro ini?
Biro mana yang buat program dan biro mana yang tak buat program?

Wajarkah kita pilih lagi mereka? Bagi Pengerusi Biro yang tak buat apa-apa, nasihatkan tak payah bertandinglah apa-apa jawatan. Ini adalah kerana ANDA gagal menjalankan TANGGUNGJAWAB dan AMANAH !

Kepada yang akan bakal kalah anda sebenarnya mempunyai seorang GURU yang hebat. Beliau selalu kalah dan tak merasa kalah, masih memberi khidmat kepada UMNO. Kepada yang akan kalah boleh mendapatkannya untuk khidmat kuatkan mental.

Asalamualaikum.

Lama tak bererti cekap, baru tak semesti pandai; Tua tak semestinya matang, baru tak semesti kanyaq!